Penjagaan Tilam dan Bantal Kekabu

Semua bantal (kecuali dimple pillow) keluaran kami didatangkan dengan sarung yang boleh dibuka. Tanggalkan sarung dan cuci seminggu sekali. Sarung boleh dibuka dan dibasuh seperti biasa, sama ada dengan cucian tangan atau mesin basuh.

Bantal dan tilam kekabu sangat tidak digalakkan dicuci dengan air kerana kekabu akan berketul dan rosak jika basah. Pastikan setiap bantal dan tilam kekabu digunakan bersama-sama dengan sarung. Sarung boleh dicuci seperti biasa dengan mesin basuh atau cucian tangan.

Penjagaan bantal dan tilam kekabu adalah sangat mudah. Bantal dan tilam kekabu yang telah lama digunakan akan menjadi nipis. Untuk mengembalikan kelembutan dan menggebukan kembali bantal dan tilam kekabu, jemurkan bantal atau tilam kekabu tersebut di bawah matahari. Tepuk atau ketuk bantal atau tilam kekabu tersebut dengan tapak tangan atau rotan untuk mengeluarkan debu-debu kekabu. Setelah dijemur kira-kira 2-3 jam, tilam atau bantal kekabu tersebut akan kembali gebu seperti asal.

Bantal dan tilam kekabu mempunyai jangka hayat yang sangat lama. Jika dijaga dengan betul, tilam dan bantal kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.