Kebaikan Kekabu

Terdapat banyak kebaikan penggunaan bantal organik seperti bantal kekabu. Kekabu adalah sejenis fiber yang semulajadinya lembut dan gebu.



Tidak beracun dan bebas daripada bahan kimia

Pokok kekabu tumbuh secara semulajadi di hutan hujan tropika tanpa memerlukan penjagaan dan penggunaan racun perosak. Kekabu juga dituai dan terus dijual kepada pengilang tanpa penggunaan baja, bahan kimia dan sebarang racun perosak. Bantal atau tilam kekabu sangat sesuai dan selamat untuk penggunaan manusia kerana kekabu adalah 100% fiber semulajadi dan organik.

Secara semulajadi hypoallergenic

Kekabu secara semulajadinya hypoallergenic, anti-bakteria dan tahan kepada serangan hama. Bantal atau tilam kekabu tahan kepada serangan atau pembiakan kulapuk dan bakteria kerana sifat kekabu yang tahan terhadap kelembapan.

Membantu mendapatkan tidur yang lebih baik

Tidur adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Untuk mendapatkan tidur yang lebih baik, kepala, leher dan tulang belakang mestilah selurus yang mungkin di atas bantal atau tilam yang selesa. Bantal kekabu yang lembut dan gebu dapat disesuaikan dengan kepala, leher dan kedudukan tidur yang diingini, untuk memberikan sokongan dan keselesaan untuk tidur. Sifat kekabu yang tahan terhadap kelembapan juga membantu mendapatkan tidur yang lebih baik dengan memberikan keselesaan dan memastikan anda sejuk.

Kesihatan

Kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan toksik dan bahan kimia yang digunakan dalam bantal bukan organik boleh menyebabkan masalah pembiakan, perkembangan dan neurologi. Bantal kekabu adalah bantal organik yang boleh membantu anda mencegah penyakit dan memberikan kelegaan daripada sakit kepala, sakit leher, sakit otot dan tekanan.

Tahan Lama

Bantal atau tilam kekabu sangat tahan untuk jangka masa yang panjang. Dengan penjagaan yang betul, bantal atau tilam kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.

Mesra Alam

Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap masalah kesihatan dan alam sekitar menjadikan lebih banyak pengeluar menghasilkan produk-produk yang mesra alam. Penggunaan kekabu mampu menangani kedua-dua masalah ini. Kekabu adalah salah satu daripada beberapa hasil hutan hujan tropika yang mampan, 100% organik, dan tidak memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar sama ada melalui penghasilan, pengeluaran, mahupun produk itu sendiri.